
Korban dan Aqiqah mudah dengan RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB)
Biar kami yang melaksanakan ibadah korban untuk anda daripada mula sehingga selesai. Anda boleh memilih sama ada untuk mengambil sendiri atau menyerahkan kepada kami bagi mengagihkan daging-daging korban/aqiqah tersebut pada institusi yang memerlukan (rumah anak yatim, madrasah).
Korban
Menjalankan ibadah korban iaitu menyembelih haiwan ternakan tertentu yang dikategorikan sebagai al-an’am seperti unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing itu adalah bertujuan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t.
Oleh itu, hukum bagi menjalankan ibadah korban ini adalah sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”.
Menjalankan ibadah korban adalah satu perkara yang dituntut kepada orang yang berkemampuan. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah: Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. lalu berkata :
“ Sesungguhnya sudah menjadi kewajibanku berkorban seekor unta dan aku orang kaya tetapi aku tidak dapat mencari unta untuk dibeli. Orang itu diperintahkan oleh Nabi s.a.w. supaya membeli tujuh ekor kambing lalu disembelihnya.”
Aqiqah
Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.
Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.
Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.
Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.”
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
Hubungi Kami Bagi Pengurusan Korban dan Aqiqah
Korban dan Aqiqah mudah dengan RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB)
No Tel: 03-4270 6939
Email: admin@risdalivestock.com