
Aktiviti Perniagaan
RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA (SMR) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd.
RLSB yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam industri penternakan negara adalah pengasas pengurusan ternakan secara integrasi yang utama dalam Malaysia. Pengurusan yang di gabungkan dengan pengurusan ladang untuk menghasilkan baka lembu yang bermutu dan menjadi nadi pengeluar terunggul baka lembu di Malaysia.
RLSB mula beroperasi pada tahun 1999 dengan teras perniagaan yang meliputi ternakan lembu secara integrasi sawit di ladang-ladang RISDA. Ternakan diternak di ladang RISDA kini berjumlah 10,000 ekor dijangka dapat mengeluarkan 2500 ekor ternakan bermutu tinggi kepada pasaran ruminan negara.
Kini, RLSB mengorak langkah dalam memajukan perniagaan dengan pengeluaran produk hiliran berasaskan daging berjenama Chekoley. Produk Chekoley akan dipasarkan di pelbagai rangkaian pasaraya tempatan serta di eksport ke luar negara khususnya di Timur Tengah.

Ternakan Lembu Secara Integrasi Sawit
Ternakan Lembu Fidlot
Produk Hiliran Berasaskan Daging -CHEKOLEY
Baja Organik Ruminan
Blok Mineral Ternakan
Khidmat Latihan Penternakan
Fungsi RLSB

Membantu RISDA dalam melaksanakan aktiviti ekonomi tambahan (AET) untuk Pekebun Kecil seperti membekalkan baka-baka lembu.

Mengeluarkan lembu pedaging baka berkualiti melalui sistem penternakan secara integrasi ladang sawit.

Mewujudkan usahasama dengan lain-lain syarikat yang boleh menghasilkan sinergi ke arah mencapai keuntungan yang lebih.

Mengeluarkan lembu pedaging baka berkualiti secara fidlot untuk sembelihan.

Mengeluarkan mineral blok ternakan untuk kegunaan sendiri dan jualan luar.

Menghasil dan mengeluar baja Organik yang berkualiti berasaskan tinja ternakan ruminan menggunakan teknologi mesra alam.

Memberi khidmat nasihat dan kepakaran tentang pemeliharaan lembu secara integrasi kepada pengusaha penternakan yang berminat.
